Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Tuesday 4 December 2012

TEKNIK BELAJAR MATEMATIK


Terdapat satu senario para pelajar yang mempelajari subjek matematik beranggapan bahawa MATEMATIK adalah subjek yang sukar. Lebih serius lagi, ada yang membenci Matematik.
Mengapa hal ini terjadi?
Adakah hal ini berlaku kerana faktor pengajar, atau faktor suasana keluarga yang memang tidak menyukai atau membiasakan diri dengan Matematik? Atau, mungkin juga kerana faktor diri-sendiri yang ˜malas". Samada malas bertanya dan membuat latihan serta tidak berminat!
Sebenarnya, apa sahaja subjek yang ada di dunia ini, adalah MUDAH. Dengan syarat, para pelajar tahu teknik yang betul untuk menguasai subjek  tersebut. Oleh itu, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam subjek Matematik, perlu mengikuti 5 perkara penting ini, iaitu:
  1. Teknik belajar Matematik
  2. Penyelesaian masalah
  3. Kenalpasti topik yang lemah dikuasai
  4. Belajar untuk peperiksaan / ujian Matematik
  5. Teknik untuk menduduki peperiksaan / ujian Matematik



    Teknik Belajar Matematik 


    Proses pembelajaran Matematik memerlukan teknik belajar aktif. Sewaktu belajar Matematik, pelajar perlulah:

    • Mengenalpasti apa yang tahu dan apa yang tidak tahu: Pelajar juga perlu tahu bagaimana untuk meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang tidak diketahui tersebut..
    • Jangan sekali-kali ponteng kelas Matematik: Pembelajaran Matematik melalui guru adalah lebih berkesan berbanding belajar sendiri. Malahan, di situlah sebenarnya terletaknya keberkatan ilmu bagi seorang pelajar, iaitu dengan menghormati guru dan fokus sewaktu guru mengajar.
    • Aktifkan diri dalam kelas Matematik: Dinasihatkan agar, belajar dahulu sepintas-lalu secara bersendirian sebelum kelas bermula.
    • Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham apabila berpeluang.
    • Berjumpa guru di waktu rehat untuk bertanyakan masalah penyelesaian Matematik: Cara begini akan lebih mendekatkan pelajar dengan guru serta lebih memotivasikan pelajar untuk berjaya dalam subjek Matematik.


    Teknik Belajar Matematik adalah Berbeza dengan Pelajaran Lain

    Matematik adalah satu subjek yang menitikberatkan proses penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah secara tidak langsung membantu pelajar untuk lebih memahami dan mengingati topik-topik dan formula-formula Matematik dengan mudah. Di samping itu, ia juga dapat membiasakan pelajar dengan teknik menjawab soalan yang betul.Perkara yang paling penting adalah, memahami konsep asas Matematik.
    Masa Belajar Matematik
    Masa ulangkaji adalah fleksibel dan terpulang kepada pelajar untuk mengaturnya. Akan tetapi, guru menyarankan agar, para pelajar membuat latihan matematik pada setiap hari, dan sekurang kurangnya, 1- 2 jam sehariPastikan setiap soalan adalah benar-benar berkualiti dan mencabar.
    Untuk mengelakkan rasa bosan, pelajar juga boleh mewujudkan kumpulan belajar sendiri bersama rakan-rakan sekolah. Jika mempunyai masalah, pelajar boleh bertanya kepada rakan-rakan, guru-guru atau tutor bagi memberi tunjuk-ajar kepada mereka.

    JANGAN BENCI MATEMATIK DAN ANGGAPLAH MENJAWAB MATEMATIK IBARAT BERMAIN 'GAME' DI ZAMAN CANGGIH INI, PERLU SELESAIKAN MASALAH DAN MENANG.
     Selamat Maju Jaya!

No comments:

Post a Comment