Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Thursday 7 June 2012

KOLEKSI BAHAN BACAAN

KOLEKSI BAHAN BACAAN

Koleksi bahan bacaan adalah semua bahan sumber maklumat bercetak yang
diselenggara dan disimpan di Pusat Sumber Sekolah untuk digunakan oleh
pelajar dan guru. Koleksi bahan bacaan boleh diklasifikasikan kepada beberapa
kategori, antaranya adalah :

·  Buku Fiksyen
·  Buku Bukan Fiksyen ( Pinjaman )
·  Buku Bukan Fiksyen ( Rujukan )
·  Bahan Terbitan Berkala.
·  Bahan khusus.

BUKU FIKSYEN
Buku fiksyen merupakan karya sastera yang diterbitkan daripada rekaan atau
khayalan seseorang pengarang. Buku fiksyen dapat diklasifikasikan mengikut
bahasa, antaranya :
·  Buku Fiksyen Melayu
·  Buku Fiksyen Inggeris
·  Buku Fiksyen Cina
·  Buku Fiksyen Tamil
·  Buku Fiksyen Arab

Kebiasaannya cerita- cerita yang terdapat dalam buku-buku fiksyen adalah :
·  Cerita Sains
·  Cerita Nasihat
·  Cerita Dongeng
·  Cerita Khayalan
·  Cerita Binatang
·  Cerita Rakyat

Mengenali Bahan Bacaan
BUKU BUKAN FIKSYEN

Buku bukan fiksyen terdiri daripada buku bukan fiksyen untuk pinjaman dan
buku bukan fiksyen untuk rujukan. Buku bukan fiksyen pinjaman merupakan
buku-buku bukan fiksyen yang diberi pinjam kepada pengguna. Buku bukan
fiksyen rujukan adalah buku-buku yang digunakan untuk rujukan sahaja dan
tidak dibenarkan dipinjam oleh pengguna. Semua buku bukan fiksyen dikelas
dibawa sepuluh bidang utama iaitu :
·  Karya am
·  Falsafah
·  Agama
·  Sains Kemasyarakatan
·  Bahasa
·  Sains Tulen
·  Teknologi
·  Kesenian
·  Kesusasteraan
·  Sejarah & Geografi

Mengenali Bahan Bacaan
BUKU RUJUKAN

Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk
mencari maklumat tentang sesuatu perkara, antaranya maklumat tentang
makna perkataan, sesuatu kejadian, peristiwa, berita, fakta, butiran tentang
tempat, data dan sebagainya. Buku rujukan terdiri daripada :
a. Buku Rujukan Umum
b. Buku Rujukan Am
c. Buku Rujukan Khusus
d. Bahan Khusus

BUKU RUJUKAN UMUM
Buku rujukan umum merupakan buku-buku bacaan tambahan serta memenuhi
keperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran pelajar, berkaitan dengan
mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di sekolah dan memenuhi kehendak
kurikulum. Buku rujukan umum terdiri daripada buku-buku ilmiah.

BUKU RUJUKAN AM
Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semua
orang. Ia berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Di
antara buku rujukan am adalah :
a. Almanak
b. Atlas
c. Direktori
d. Ensiklopedia umum
e. Gazetir
f. Kamus umum

Mengenali Bahan Bacaan
BUKU RUJUKAN KHUSUS

Buku-buku rujukan khusus memberi maklumat semasa secara terperinci,
mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Ia
mengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja. Di
antara buku rujukan khusus adalah :
a. Abstrak
b. Bibliografi khas
c. Biografi Individu
d. Ensiklopedia Khusus
e. Buku Glosari
f. Buku Indeks
g. Buku Istilah
h. Kamus khusus

BAHAN KHUSUS
Bahan khusus merupakan bahan yang diterbitkan berdasarkan sesuatu perkara
atau bidang khusus. Di antara bahan khusus adalah :
a. Kertas Seminar
b. Pekeliling
c. Tesis
d. Maklumat perangkaan

Mengenali Bahan Bacaan
KOLEKSI BUKU MALAYSIANA

Koleksi buku Malaysiana terdiri daripada buku-buku yang diterbitkan di
Malaysia, ditulis oleh warga Malaysia, mengenai Malaysia sama ada diterbitkan
di dalam atau di luar Malaysia.

KOLEKSI BUKU NADIR
Koleksi buku nadir terdiri daripada buku-buku lama yang diterbitkan sebelum
1900 atau terbitan yang jarang atau sukar didapati.

BAHAN TERBITAN BERKALA

Bahan Terbitan Berkala merupakan bahan yang diterbitkan secara berkala atau
bersiri. Bahan-bahan ini mungkin diterbitkan seminggu sekali, sebulan sekali,
setahun sekali atau mengikut jangka masa tertentu. Di antara bahan terbitan
berkala adalah :
·  Buletin
·  Jurnal
·  Laporan Tahunan
·  Majalah
·  Risalah
·  Surat khabar

Mengenali Bahan Bacaan
ABSTRAK

Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas
dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gaya
penulisan yang sama dengan dokumen yang asal. Abstrak digunakan adalah
untuk membantu pembaca :
·  Menilai isi kandungan sesuatu dokumen dan potensi kesesuaiannya.
·  Membuat nota dan catatan yang berkesan
·  Tentang bahan semasa.
·  Dalam penyampaian laporan.
·  Dalam pemilihan dokumen yang sesuai dan mengumpulan maklumat yang
dikehendaki

ALMANAK
Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat perangkaan. Ia juga
merupakan kalender tahunan yang mengandungi senarai haribulan dengan
maklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran
bulan dan ramalan cuaca. Almanak digunakan untuk mendapatkan maklumat
perangkaan atau fakta mengenai bidang-bidang tertentu dengan cepat dan
mendalam.
contoh almanak

Mengenali Bahan Bacaan
BIBLIOGRAFI

Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan bercetak
yang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan disusun dalam
susunan berabjad. Ia terdapat dibahagian akhiran sesebuah bahan penerbitan
bercetak. Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan
tahun diterbitkan. Bibliografi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
·  Bibliografi di bahagian akhiran buku.
·  Bibliografi jilid khas atau buku.
Tujuan menggunakan Bibliografi adalah untuk :
·  Memudahkan pembaca mencari buku rujukan lain yang berkaitan dengan
isi kandungan buku yang telah dibaca.
·  Menggalakkan pembaca membuat rujukan tambahan .
·  Untuk memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan tanpa
mengetahui dengan lengkap setiap butiran tentang sesuatu bahan.

BIOGRAFI
Biografi adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat mengenai riwayat
hidup individu. Tujuan menggunakan buku biografi adalah :
·  Untuk mendapatkan maklumat tentang seseorang tokoh dengan lebih
mendalam sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia.
contoh biografi

Mengenali Bahan Bacaan
ENSIKLOPEDIA

Ensiklopedia merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat luas
tentang semua cabang ilmu pengetahuan yang pada umumnya disusun
mengikut abjad. Ensiklopedia memuatkan semua tajuk tentang peristiwa atau
fakta dan mampu menjawab persoalan tentang apa, bila, siapa, di mana,
mengapa dan bagaimana kecuali hal-hal yang bersifat mutakhir.
Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang ia dilengkapi gambar-gambar dan
ilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan.
Ensiklopedia terbahagi kepada dua jenis iaitu :
·  Ensiklopedia umum
Ia terdiri daripada beberapa jilid yang mengandungi maklumat am tentang
perkara atau bidang tertentu.
·  Ensiklopedia Khusus
Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi
keterangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu perkara
atau bidang yang berkenaan.
Tujuan menggunakan ensiklopedia adalah :
·  Untuk mendapatkan gambaran umum tentang sesuatu perkara atau topik
dengan merujuk ensiklopedia umum.
·  Untuk mendapatan maklumat mendalam tentang sesuatu perkara atau
topik dengan merujuk ensiklopedia khusus.

Mengenali Bahan Bacaan
GAZETIR

Buku gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai tempat-tempat
atau lokasi. Ia tidak memberi definisi istilah-istilah geografi. Selain daripada
maklumat geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan sejarah,
perangkaan, kebudayaan dan fakta-fakta yang lain mengenai tempat-tempat.
Gazetir disusun mengikut abjad.
Tujuan menggunakan gazetir
Gazetir digunakan untuk mencari maklumat geografi, sejarah dan ekonomi
sesuatu tempat.
Chambers World Gazetteer

Mengenali Bahan Bacaan
GLOSARI

Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataan
tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut
abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan.
Terdapat dua jenis glosari iaitu:
·  Glosari yang terdapat pada halaman glosari di bahagian akhiran buku bagi
buku bukan fiksyen.
·  Buku Glosari, sebuah buku khas yang menerangkan maksud perkataanperkataan
tertentu dalam bidang-bidang tertentu.
Tujuan menggunakan glosari
·  Glosari memudahkan seseorang pembaca memahami maksud sesuatu
perkataan atau istilah yang kurang jelas.
·  Ia juga mempercepatkan pencarian maklumat yang tepat supaya pembaca
dapat memahami isi kandungan sesuatu buku tanpa merujuk kepada
kamus.
Glosari khusus untuk Teknologi Maklumat

Mengenali Bahan Bacaan
INDEKS

Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatu
maklumat seperti perkataan atau topik.
Tujuan Indeks
·  Memudahkan pembaca mengesan maklumat tertentu di dalam sesebuah
buku yang dibaca.
·  Memudahkan pembaca merujuk di mana maklumat tertentu didapati.
Jenis-jenis Indeks
·  Indeks di bahagian akhir buku.
·  Indeks Jilid Khas.

Mengenali Bahan Bacaan
ISTILAH

Perkataan yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu bidang ilmu
pengetahuan.
Tujuan menggunakan istilah :
·  Untuk mendapatkan ejaan yang betul.
·  Untuk membuat terjemahan.
·  Untuk ketepatan penggunaan perkataan.
Jenis Istilah
·  Halaman Istilah.
Halaman Istilah biasanya terdapat di bahagian akhiran buku.
·  Buku Istilah.
Buku Istilah merupakan buku khusus tentang sesuatu istilah dalam bidang
tertentu.

Mengenali Bahan Bacaan
KAMUS

Kamus merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan
seperti definisi, makna , asal-usul, sebutan, sukukata, tatabahasa,
penggunaan, dan kedudukan semasa dalam susunan berabjad.
Kamus terdiri daripada beberapa jenis, antaranya adalah :
a. Kamus umum ialah kamus biasa yang mengandungi maklumat
seperti :
- Makna sesuatu perkataan
- Cara menggunakan perkataan
- Ejaan yang betul
b. Kamus Terjemahan
Kamus jenis ini hanya memberi makna sesuatu perkataan dalam
satu bahasa ke bahasa yang lain.
c. Kamus Perkara Khas ( Kamus khusus )
Kamus ini memberi maklumat yang terperinci mengenai sesuatu
perkataan dalam sesuatu bidang tertentu.
Tujuan menggunakan kamus adalah :
a. Untuk mencari makna atau definisi perkataan .
b. Untuk mengetahui asal-usul perkataan.
c. Untuk mengetahui bagaimana sesuatu perkataan disebut.
d. Untuk mengetahui jenis perkataan.
e. Untuk menunjukkan cara menggunakan perkataan.
f. Untuk mengetahui ejaan yang betul.
contoh kamus

© 2005 Zakaria bin Haji Ahmad 13

Wednesday 6 June 2012

GALERI

PANORAMA DI SKBJ




MAKMAL KOMPUTER

 

 

PUSAT AKSES

BILIK TAYANG

PERPUSTAKAAN

NILAM

VISI

Menjadikan Pusat Sumber sebagai gedung ilmu yang terbaik dan seiring dengan  pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi

MISI


qMenceriakan prasarana yang kondusif di Pusat Sumber
qMenyediakan perkhidmatan informasi yang bermutu tinggi bagi memenuhi permintaan pengguna.
qMewujudkan sumber untuk  membantu proses Pengajaran dan pembelajaran .
q Menyediakan  bahan  dan kemudahan yang sesuai dengan keperluan pengguna.

AJK KERJA PSS

JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER
Penasihat
Tn. Hj. Kamaruzaman b. Salim PJK
Guru Besar
Pengerusi
Tn. Hj. Mohd. Idris B. Othman
PK Pentabdiran
Naib  Pengerusi 1
Naib Pengerusi 2
Naib Pengerusi 3

En. Ghazali b. Abd Hamid
Pn. Suhaida Zakaria
PK HEM
PK KoKu
PKPK
Setiausaha
Pn. Rosnani Mat
GPM

UNIT BACAAAN / PERPUSTAKAAN
Ketua
Pn. Nor Aini Bt. Adam
AJK
Pn. Haziyati Ismail
Cik Bakdiah Dat
Pn. Nashirah Abdul Ghafar
Pn. Salwa Nurul ‘Ain Waled
Pn. Suriati Saikortali
En Hashidi bin Md Noor@Harun

UNIT BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)
Ketua
Pn. Nursyakira Harun
AJK
Pn. Norafidah Mohd. Samairy
Semua Ketua-ketua Panitia

UNIT AUDIO VISUAL
Ketua
Encik Anuar Kassim
AJK
Pn. N. Zakiyatil Fakhirah Bt. Kamarudin
Pn. Maznah Bt. Johari
Pn. Sharimah Bt. Ismail
Pn. Kalawathy A/P Muniandy
Encik Nor Amin Bin Adnan

UNIT BESTARI / ICT / MULTIMEDIA
Guru Penyelaras Bestari
Pn. Roslina Bt. Salleh (GPB)
Juruteknik
En. Masrizan Bin Maskan
PUSAT AKSES / ICT / 1BESTARINET/ FOTOGRAFI
Ketua
Pn. Roslina Bt. Salleh
AJK
En. Mohd. Zaihal Bin Yaacob
En. Hailmi Bin Abdul Halim
Cik Roslaili Bt. Md. Zain
Pn. Norulaini Bt. Mohd. Yunos
Pn. Norzamzira Bt. Ahmad
MAKMAL KOMPUTER
Ketua
Pn. Nor Maziah Bt. Othman
AJK
Cik Khadijah Bt. Abdul Rahman
En. Mohd. Sohairi Bin Rejab
En. Zuhair Bin Wahab
En. Ruzaidin Bin Ghazali

UNIT NILAM
Ketua
Pn. Ruhainazura Bt. Mohd. Nor
AJK
Pn. Nabihah bt. Osman
Pn. Harisun bt. Mat Isa
En. Mohd Rohaizad bin Mustafa
En. Noorhamrulnizam bin Abdul Hadi
Semua guru kelas / Guru Matapelajaran BM & BI

UNIT INFORMASI / BULETIN
Ketua
Pn. Faridah Bt. Megat Rasidin
AJK
Pn. Nurhidayah Bt. Ahmad
Pn. Kavitha A/P Shunmuganathan
Pn. Ruzaihan Bt. Hassan
Pn. Mawaddah Bt. Mohd. Noor
Pn. Thahirah Bt. Mohd. Rodzi

UNIT KECERIAAN
Ketua
Cik Rohani Bt. Noor
AJK
En. Azizi Bin Salleh
En. Salleh b. ZakariaBin Zakaria
Pn. Siti Salmah Bt. Ibrahim
Pn. Zalina Bt. Md. Sahini
Pn. Ira Rosmaini Bt. Ramli
En. Fahmi Bin Mansor

UNIT SAL / PAK / SUDUT BACAAN
Ketua
Pn. Julina Susila A/P George Samuel
Setiausaha
Pn. Nadia Afifi Bt. Daud
AJK
Pn. Salmiah Bt. Sutan
Pn. Jamilah Bt. Shoib
Pn. Fauziah Bt. Mat Noor
Cik Siti Hajar Zainuddin

AJK INDUK PSS




2.8  PUSAT SUMBER

Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah
Penasihat
Tn. Hj. Kamaruzaman b. Salim PJK
Guru Besar
Pengerusi
Tn. Hj. Mohd. Idris B. Othman
PK Pentabdiran
Naib  Pengerusi 1
Naib Pengerusi 2
Naib Pengerusi 3

En. Ghazali b. Abd Hamid
Pn. Suhaida Zakaria
PK HEM
PK KoKu
PKPK
Setiausaha
Pn. Rosnani Mat
GPM
AJK
Semua Ketua Panitia
Pn. Zaty Munawirah Mokhtar
Pn. Nabihah Osman
Pn. Ira Rosmaini
Pn. Norafidah Mohd. Samairy
En. Mohd. Sohairi Rejab
Pn. Nor Maziah Othman
Pn. Roslina Salleh
Pn. Nor Aini Adam
Pn. Ruhainazura Mohd. Nor
En. Anuar Kassim
Pn. Rohani Noor
Pn. Fauziah Mat Noor


Kaunselor
KSSR
PBS
LINUS
PROTIM
Makmal Komputer
GPB/Akses
Bacaan/Perpustakaan
NILAM
Media
PRA
Pend. Khas