Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Saturday 5 January 2013

PENGURUSAN PSS


PENGURUSAN PSS
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menguruskan segala bahan sumber yang terdapat di seluruh kawasan sekolah. Ini melibatkan bahan-bahan bantu mengajar (BBM), bahan-bahan tayangan dan buku-buku bacaan pelajar dan guru.

Di perpustakaan sekolah, buku bacaan boleh dipinjam baik secara individu atau secara berkelompok, jika ada guru yang ingin menggunakan sejumlah buku untuk satu-satu kelas terutama dalam menjayakan program NILAM. Selain itu, bahan tidak bercetak seperti cakera padat (CD) turut disediakan. Catatan keluar masuk bahan-bahan ini dilakukan melalui sistem automasi (pengimbasan kod bar) yang tersedia di perpustakaan.
Selain itu, beberapa perkhidmatan sampingan turut tersedia di perpustakaan untuk kemudahan warga SKBJ.
PENGURUSAN BAHAN PSS
Bahan-bahan di PSS diuruskan menggunakan slip kerja yang difailkan mengikut pengkelasan bahan. Kemudian, bahan-bahan tersebut disusun dan direkodkan menggunakan sistem automasi. Maklumat daripada sistem automasi ini dicetak lalu proses teknik bahan dilaksanakan..
SUDUT-SUDUT PSS
Antara sudut yang terdapat di bawah pengurusan PSS ialah:
  1. Laluan Ilmu
  2. Pondok Bacaan
  3. Bilik-bilik khas
  4. Laman Ilmu
  5. Taman Sumber
  6. Sudut-sudut panitia
PROGRAM NILAM
Program NILAM merupakan salah satu program utama di bawah PSS. Di dalam program ini, para pelajar digalakkan merekodkan butiran bagi bacaan mereka. Penilaian pencapaian NILAM setiap pelajar direkodkan secara berikut (menggunakan skala tahap Jauhari untuk peringkat sekolah rendah):
  1. NILAM: 360 buah buku ke atas
  2. Emas: 270 hingga 359 buah buku
  3. Perak: 180 hingga 269 buah buku
  4. Gangsa: 90 hingga 179 buah buku
Hasil bacaan para pelajar direkodkan di dalam buku NILAM setiap pelajar, kemudian dianalisa setiap bulan oleh guru Bahasa Melayu. dan guru Bahasa Inggeris  bagi kelas tersebut. Guru Kelas perlu memastikan setiap pelajar mempunyai buku NILAM dan data bacaan pelajar perlu disampaikan kepada AJK Unit NILAM setiap bulan,