Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Friday 22 March 2013

KERJA RUMAH MATEMATIK

Cuti persekolahan pertengahan penggal pertama [23 Mac 2013 hingga 31 Mac 2013] telah bermula. Walaupun para pelajar Tahun 6 wajib ke kelas tambahan semasa cuti namun adalah diharapkan para waris memantau kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru semasa cuti. Untuk para waris Tahun 6 Elit, kerja rumah Matematik telah saya berikan kepada pelajar seperti berikut :

1. KERJA RUMAH MATEMATIK 50 SOALAN. Sila pastikan pelajar menjawab mengikut masa.

   

2. LATIHAN SOALAN MUDAH DARIPADA BUKU KUNING. Jawab Set 5 dan Set 6, no. 1 hingga 10. Pelajar perlu mendapat markah penuh bagi ke dua-dua set sebab aras mudah. Masa 10 minit setiap set.

   

3. LATIHAN SOLVE THE PROBLEM DARIPADA BUKU GPA, Tajuk Length, Mass and volume of liquid. Masa 10 minit bagi setiap topik.

 
Adalah dianggarkan jumlah masa menjawab matematik semasa cuti sekolah ini lebih kurang 3 jam. Gunakan masa cuti dengan sebaiknya dan jawablah matematik dengan telus, cepat dan tepat.

Monday 18 March 2013

KESALAHAN DALAM MATEMATIK

Sikap terburu-buru, cuai, terlebih yakin, tidak berhati-hati dan malas menggaris kata kunci dalam soalan matematik boleh menjerat pelajar melakukan kesalahan walaupun pada  soaalan-soalan yang mudah.
Berikut adalah contoh-contoh kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dari kelas yang cemerlang. Semoga dapat menjadi peringatan.







Setiap kesalahan di atas sepatutnya tidak berulang lagi. Semua pelajar perlu untuk terus membuat latih-tubi soalan-soalan Matematik agar dapat menjawab dengan cemerlang di masa depan. Contohilah rakan anda di bawah yang cemerlang dalam UPTP 1 baru-baru ini.

                                                               TAHNIAH !

Saturday 16 March 2013

BENGKELKEPIMPINAN PENGAWAS PSS DAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER

HARI : SABTU
TARIKH : 16 MAC 2013

Kursus Kepimpinan Pengawas PSS , Pengawas Sekolah dan Ketua serta Penolong Kelas  bermula awal pagi dengan ceramah kepimpinan.
Bengkel Pengurusan PSS untuk Pengawas PSS bermula selepas rehat Tahap 2 (10.35 pagi hingga 1.35 tghari.
Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sewaktu bengkel ialah :

   10.35 - 11.00 pagi   : Taklimat oleh GPM berkaitan disiplin pengawas pss, peraturan dan tugas-tugas yang
                                     berkaitan pss.

  11.00 - 11.30 pagi  :  Mengenali  buku dan cara mengkelaskan buku.

  11.30 - 1.00 tgh   :  Aktiviti kumpulan :
                                  Thn. 6 - Mengemas dan menulis buku-buku yang ada di dalam Raga Nilam.
                                  Thn. 5 - Mencatat tajuk dan no. perolehan bahan bantu belajar di bilik tayang.
                                  Thn. 4 - Proses teknik buku-buku baru.

  1.00 -  1.20 ptg  :   Mengemas dan membersihkan PSS

  1.20 -  1.35 ptg :    Aktiviti bergambar di tapak perhimpunan  sebelum bersurai.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENGAWAS PSS DAN SELAMAT BERKHIDMAT.

ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAM :