Syukur Alhamdulillah
Majlis dirancang tibalah sudah
Bulan Membaca menjadi wadah
Amanah diberi tertunai sudah.
En. Kamaruzaman bin Salim, Guru Besar SK. Bagan Jermal sedang menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Pelancaran Bulan Membaca.
Semua pelajar dan guru mengambil bahagian dalam aktiviti membaca 5 minit sebagai gimik pelancaran.
Pelajar Prasekolah juga tidak terkecuali dalam program membaca 5 minit.
SELAMAT MEMBACA.