Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Tuesday 15 October 2013

PROGRAM TAHUN 6

Program Tahun 6 oleh Panitia Matematik telah berlangsung dari 30 Sept hingga 4 Okt 2013. Beberapa aktiviti telah dijlnkan. Antaranya ialah 1. Menyediakan buku kumpulan dan mencipta logo kumpulan serta teka teki matematik. 2. Rekacipta tangram 3. Membuat bongkah dan cipta istana bongkah. 4. Rekreasi nyanyian. 5. Kuiz Matematik dan penyampaian hadiah. Sebanyak 2 hamper disediakan untuk pemenang kumpulan cemerlang dan kumpulan sporting berdasarkan kutipan bintang.

UPSR

Pada 10 September hingga 12 September yang lalu, anak-anak didikku telah pun menduduki UPSR, semoga mereka telah menjawab yang terbaik dan cemerlang terutama sekali dalam Matematik. Sebagai guru, aku telah berusaha untuk memberikan yang terbaik. Semoga Allah memberikan kejayaan buat kita semua. Amin.

Tuesday 28 May 2013

KERJA RUMAH MATEMATIK CUTI PERTENGAHAN TAHUN




        
                                                                                                                                                                                 
CUTI SEKOLAH [ 24 MEI 2013 HINGGA 9 JUN 2013]

NAMA : ...........................................................................
KELAS : ...............................
SET
JUM. SOALAN
MASA
TARIKH JAWAB
MARKAH
1
40
60 MIN


2
40
60 MIN


3
40
60 MIN


PAPER 2
20
40 MIN


JUMLAH
140
220 MIN




JUM. HARI CUTI SEKOLAH  16 HARI
JUM. MASA CUTI 16 X 24 JAM = 384 JAM = 23 040 MIN
GUNAKAN MASA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA .

HENDAK SERIBU DAYA , MAHU BERIBU CARA TAPI......

PELAJAR MALAS HANYA MENCIPTA ALASAN.

Friday 22 March 2013

KERJA RUMAH MATEMATIK

Cuti persekolahan pertengahan penggal pertama [23 Mac 2013 hingga 31 Mac 2013] telah bermula. Walaupun para pelajar Tahun 6 wajib ke kelas tambahan semasa cuti namun adalah diharapkan para waris memantau kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru semasa cuti. Untuk para waris Tahun 6 Elit, kerja rumah Matematik telah saya berikan kepada pelajar seperti berikut :

1. KERJA RUMAH MATEMATIK 50 SOALAN. Sila pastikan pelajar menjawab mengikut masa.

   

2. LATIHAN SOALAN MUDAH DARIPADA BUKU KUNING. Jawab Set 5 dan Set 6, no. 1 hingga 10. Pelajar perlu mendapat markah penuh bagi ke dua-dua set sebab aras mudah. Masa 10 minit setiap set.

   

3. LATIHAN SOLVE THE PROBLEM DARIPADA BUKU GPA, Tajuk Length, Mass and volume of liquid. Masa 10 minit bagi setiap topik.

 
Adalah dianggarkan jumlah masa menjawab matematik semasa cuti sekolah ini lebih kurang 3 jam. Gunakan masa cuti dengan sebaiknya dan jawablah matematik dengan telus, cepat dan tepat.

Monday 18 March 2013

KESALAHAN DALAM MATEMATIK

Sikap terburu-buru, cuai, terlebih yakin, tidak berhati-hati dan malas menggaris kata kunci dalam soalan matematik boleh menjerat pelajar melakukan kesalahan walaupun pada  soaalan-soalan yang mudah.
Berikut adalah contoh-contoh kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dari kelas yang cemerlang. Semoga dapat menjadi peringatan.







Setiap kesalahan di atas sepatutnya tidak berulang lagi. Semua pelajar perlu untuk terus membuat latih-tubi soalan-soalan Matematik agar dapat menjawab dengan cemerlang di masa depan. Contohilah rakan anda di bawah yang cemerlang dalam UPTP 1 baru-baru ini.

                                                               TAHNIAH !

Saturday 16 March 2013

BENGKELKEPIMPINAN PENGAWAS PSS DAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER

HARI : SABTU
TARIKH : 16 MAC 2013

Kursus Kepimpinan Pengawas PSS , Pengawas Sekolah dan Ketua serta Penolong Kelas  bermula awal pagi dengan ceramah kepimpinan.
Bengkel Pengurusan PSS untuk Pengawas PSS bermula selepas rehat Tahap 2 (10.35 pagi hingga 1.35 tghari.
Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sewaktu bengkel ialah :

   10.35 - 11.00 pagi   : Taklimat oleh GPM berkaitan disiplin pengawas pss, peraturan dan tugas-tugas yang
                                     berkaitan pss.

  11.00 - 11.30 pagi  :  Mengenali  buku dan cara mengkelaskan buku.

  11.30 - 1.00 tgh   :  Aktiviti kumpulan :
                                  Thn. 6 - Mengemas dan menulis buku-buku yang ada di dalam Raga Nilam.
                                  Thn. 5 - Mencatat tajuk dan no. perolehan bahan bantu belajar di bilik tayang.
                                  Thn. 4 - Proses teknik buku-buku baru.

  1.00 -  1.20 ptg  :   Mengemas dan membersihkan PSS

  1.20 -  1.35 ptg :    Aktiviti bergambar di tapak perhimpunan  sebelum bersurai.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENGAWAS PSS DAN SELAMAT BERKHIDMAT.

ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAM :












              
   




Saturday 5 January 2013

PENGURUSAN PSS


PENGURUSAN PSS
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menguruskan segala bahan sumber yang terdapat di seluruh kawasan sekolah. Ini melibatkan bahan-bahan bantu mengajar (BBM), bahan-bahan tayangan dan buku-buku bacaan pelajar dan guru.

Di perpustakaan sekolah, buku bacaan boleh dipinjam baik secara individu atau secara berkelompok, jika ada guru yang ingin menggunakan sejumlah buku untuk satu-satu kelas terutama dalam menjayakan program NILAM. Selain itu, bahan tidak bercetak seperti cakera padat (CD) turut disediakan. Catatan keluar masuk bahan-bahan ini dilakukan melalui sistem automasi (pengimbasan kod bar) yang tersedia di perpustakaan.
Selain itu, beberapa perkhidmatan sampingan turut tersedia di perpustakaan untuk kemudahan warga SKBJ.
PENGURUSAN BAHAN PSS
Bahan-bahan di PSS diuruskan menggunakan slip kerja yang difailkan mengikut pengkelasan bahan. Kemudian, bahan-bahan tersebut disusun dan direkodkan menggunakan sistem automasi. Maklumat daripada sistem automasi ini dicetak lalu proses teknik bahan dilaksanakan..
SUDUT-SUDUT PSS
Antara sudut yang terdapat di bawah pengurusan PSS ialah:
  1. Laluan Ilmu
  2. Pondok Bacaan
  3. Bilik-bilik khas
  4. Laman Ilmu
  5. Taman Sumber
  6. Sudut-sudut panitia
PROGRAM NILAM
Program NILAM merupakan salah satu program utama di bawah PSS. Di dalam program ini, para pelajar digalakkan merekodkan butiran bagi bacaan mereka. Penilaian pencapaian NILAM setiap pelajar direkodkan secara berikut (menggunakan skala tahap Jauhari untuk peringkat sekolah rendah):
  1. NILAM: 360 buah buku ke atas
  2. Emas: 270 hingga 359 buah buku
  3. Perak: 180 hingga 269 buah buku
  4. Gangsa: 90 hingga 179 buah buku
Hasil bacaan para pelajar direkodkan di dalam buku NILAM setiap pelajar, kemudian dianalisa setiap bulan oleh guru Bahasa Melayu. dan guru Bahasa Inggeris  bagi kelas tersebut. Guru Kelas perlu memastikan setiap pelajar mempunyai buku NILAM dan data bacaan pelajar perlu disampaikan kepada AJK Unit NILAM setiap bulan,